Geografi

Welcome to our hello-yakin10 Geografi page

Pages

Wednesday, July 21, 2010

Peta Malaysia


Ini adalah outline peta Malaysia. Outline ini boleh dimuat turun bagi tujuan menyiapkan peta anda bagi yang belum siap. Jadi, jangan lengahkan masa lagi. Siapkan peta laluan udara, lebuh raya (saya rasa itu sahaja).

Wednesday, July 14, 2010

Bentuk muka bumi



Tuesday, July 13, 2010

Kedudukan

Latitud dan Longitud

Flora Dan Fauna








Iklim

Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa iaitu panas dan lembap sepanjang tahun. Lazimnya, iklim tersebut dipengaruhi oleh dua Angin Monsun (Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut). Purata suhu harian di seluruh Malaysia ialah antara 21º C hingga 32º C. Cuaca Malaysia tertakluk kepada pengaruh laut dan perubahan sistem angin yang bertiup dari Lautan Hindi (Angin Monsun Barat Daya - Mei hingga September) dan Laut China Selatan (Angin Monsun Timur Laut - November hingga Mac). Hujan tahunannya adalah di antara 80 peratus setahun iaitu 2000mm hingga 2500mm.

Negeri-Negeri di Malaysia

Perlis Darul Sunnah

Perlis Indera Kayangan merupakan negeri yang terkecil di Malaysia dengan keluasan kira-kira 795 kilometer persegi. Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Thailand. Ibu Negeri Perlis ialah Kangar dan Arau merupakan Bandar Diraja.

Perlis mempunyai 3 Kawasan Parlimen dan 15 Kawasan Dewan Undangan Negeri. Bandar-bandar lain ialah Chuping, Jejawi, dan Simpang Empat. Perlis merupakan sebuah negeri yang tidak bersultan tetapi beraja. Ketua pentadbiran Negeri Perlis dipanggil Menteri Besar. Populasi penduduknya adalah kira-kira seramai 198,335 orang.

Kedah Darul Aman

Kedah Darul Aman mempunyai keluasan negeri kira-kira 9,426 kilometer persegi dan terletak di utara Semenanjung Malaysia. Ibu Negeri Perlis ialah Alor Setar dan Anak Bukit merupakan Bandar Diraja. Kedah mempunyai 15 Kawasan Parlimen, 36 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 11 Daerah iaitu Baling, Bandar Baharu, Kota Setar, Kuala Muda, Kubang Pasu, Kulim, Padang Terap, Pendang, Sik, Yan, Daerah Kecil Pokok Sena dan Pulau Langkawi yang merupakan pulau yang terbesar dan terindah di Kedah. Gunung Jerai merupakan gunung yang tertinggi iaitu 1217 meter. Populasi penduduknya adalah kira-kira seramai 1,779,100 orang.

Pulau Pinang

Pulau Pinang terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ia mempunyai keluasan negeri kira-kira 1,056 kilometer persegi. Ibu Negeri Pulau Pinang ialah George Town. Pulau Pinang mempunyai 13 Kawasan Parlimen, 40 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 5 Daerah iaitu Barat Daya (Balik Pulau), Timur Laut (George Town), Seberang Perai Selatan (Nibung Tebal), Seberang Perai Tengah (Bukit Mertajam) dan Seberang Perai Utara (Butterworth).

Bandar-bandar lain yang terdapat di Pulau Pinang ialah Bukit Mertajam, Butterworth, Perai, Air Itam, Nibong Tebal, Kepala Batas, Bayan Lepas danNegeri Sembilan Darul Khusus merupakan gabungan 9 buah negeri yang kecil. Keluasan Negeri Sembilan kira-kira 6,645 kilometer persegi dan ia terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ibu negerinya ialah Seremban dan Seri Menanti sebagai Bandar Diraja.

Perak

Perak Darul Ridzuan mempunyai keluasan kira-kira 21,005 kilometer persegi (6.4% daripada jumlah keluasan Malaysia) dan merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia. Ibu Negeri Perak ialah Ipoh dan Kuala Kangsar merupakan Bandar Diraja. Perak mempunyai 24 Kawasan Parlimen, 59 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 9 Daerah iaitu Kerian, Gerik, Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang, Larut dan Matang, Hilir Perak, Manjung dan Perak Tengah. Sungai Perak merupakan sungai yang terpanjang di Negeri Perak. Bandar-bandar lain adalah seperti Bidor, Tapah, Teluk Intan, Sungkai, Lumut dan Taiping. Populasi penduduknya adalah kira-kira seramai 2.1 juta orang.

Selangor Darul Ehsan

Selangor Darul Ehsan mempunyai keluasan kira-kira 7,956 kilometer persegi. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di Pantai Barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ibu Negeri Selangor ialah Shah Alam dan Klang sebagai Bandar Diraja. Negeri Selangor mempunyai 22 Kawasan Parlimen, 56 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 9 Daerah iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Sepang, Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Hulu Selangor. Populasi penduduknya adalah kira-kira seramai 4,613.9 juta orang iaitu yang paling ramai di Malaysia.

Negeri Sembilan Darul Khusus

Negeri Sembilan Darul Khusus merupakan gabungan 9 buah negeri yang kecil. Keluasan Negeri Sembilan kira-kira 6,645 kilometer persegi dan ia terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ibu negerinya ialah Seremban dan Seri Menanti sebagai Bandar Diraja.

Negeri Sembilan mempunyai 8 Kawasan Parlimen, 36 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 7 Daerah iaitu Jelebu, Jempol, Tampin, Kuala Pilah, Rembau, Port Dickson dan Seremban. Bandar-bandar yang lain ialah Kuala Kelawang, Lukut, Titi, Tampin dan Gemas.

Bandar-bandar lain yang terdapat di Pulau Pinang ialah Bukit Mertajam, Butterworth, Perai, Air Itam, Nibong Tebal, Kepala Batas, Bayan Lepas dan sebagainya.

Melaka Bandaraya Bersejarah

Melaka dikenali sebagai Melaka Bandaraya Bersejarah. Negeri yang kedua kecil di Malaysia dengan keluasan tanah sebanyak 1,650 kilometer persegi. Melaka mempunyai 6 Kawasan Parlimen, 28 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 3 Daerah iaitu Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah. Sungai Melaka merupakan sungai yang terpanjang di negeri tersebut. Populasi penduduknya adalah kira-kira seramai 650,500 orang.

Johor Darul Takzim

Negeri Johor mempunyai keluasan 19,984 kilometer persegi. Ia terletak paling selatan di Semenanjung Malaysia dan bersempadankan Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang di utara dan dipisahkan dengan Singapura di selatan oleh Selat Johor Teberau. Johor Bahru merupakan ibu negeri dan bandar Diraja. Negeri Johor mempunyai 26 kawasan Parlimen, 56 kawasan Dewan Undangan Negeri dan lapan daerah iaitu Segamat, Kota Tinggi, Johor Bahru, Pontian, Kluang, Mersing, Batu Pahat dan Muar. Anak bulan dan bintang tanda Raja yang berdaulat. Warna merah bermakna hulu balang yang mempertahankan negeri. Warna biru tua melambangkan kerajaan negeri. Populasi penduduknya adalah kira-kira 2.8 juta orang.

Pahang Darul Makmur

Pahang Darul Makmur merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia iaitu kirakira 35,965 kilometer persegi dan terletak di Pantai Timur Malaysia. Sebahagian besar daripada Negeri Pahang diseliputi hutan dan sebahagian besar Taman Negara terletak dalam Negeri Pahang. Sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia iaitu Sungai Pahang. Gunung Tahan, gunung yang kedua tertinggi di Malaysia iaitu 2,190 meter. Ibu negeri dan pusat pentadbirannya terletak di Kuantan sementara Pekan adalah Bandar Diraja.

Terengganu Darul Iman

Terengganu Darul Iman mempunyai keluasan meliputi 12,955 kilometer persegi dan terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala, di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Ibu negeri dan Bandar Diraja ialah Kuala Terengganu. Terengganu terbahagi kepada 8 Kawasan Parlimen, 32 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 7 Daerah iaitu Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. Warna putih melambangkan Sultan. Anak bulan dan bintang melambangkan Agama Islam. Populasi penduduknya adalah kira-kira seramai 1.5 juta orang.

Kelantan Darul Naim

Kelantan Darul Naim mempunyai keluasan meliputi 14,922 kilometer persegi yang terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Thailand. Ibu negeri dan Bandar Diraja ialah Kota Baharu. Kelantan mempunyai 14 Kawasan Parlimen, 45 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan terbahagi kepada 10 Daerah iaitu Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, Machang, Pasir Putih, Bachok, Kota Bharu dan Gua Musang. Bandar-bandar yang lain ialah Rantau Panjang dan Pangkalan Chepa.

Sabah

Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 1,440 kilometer dengan Laut Cina Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan. Sabah juga dikenali sebagai Negeri Di Bawah Bayu . Gelaran ini diberi disebabkan kedudukan Negeri Sabah yang berada di bahagian luar dan selatan zon ribut.

Sarawak

Negeri Sarawak atau juga dikenali sebagai Sarawak Bumi Kenyalang merupakan negeri yang terbesar di Malaysia yang mempunyai keluasan kira-kira 131,598 kilometer persegi dan terletak di Malaysia Timur di pulau Borneo. Ibu negerinya ialah Kuching. Sungai Rajang merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia terdapat di negeri ini. Sarawak mempunyai 31 Kawasan Parlimen, 71 Kawasan Dewan Undangan Negeri dan 11 Bahagian meliputi 28 Daerah iaitu Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Sarikei, Limbang, Kapit, Bintulu, Kota Samarahan, Mukah dan Betong.